Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

May 28, 2018 by Ibu Zarith

Bersalin di Hospital Shah Alam

Assalamualaikum wbt

Pada 13 May 2018 yang lepas, Zarith telah melahirkan Zeeya Saara di Hospital Shah Alam. Boleh baca pengalaman bersalin Zarith anak yang ke-4 ni di sini <<Selamat Lahir Ke Dunia Duhai Anakanda Zeeya Saara>>

Hospital yang baru dan cantik. Tak berapa ramai orang macam hospital lain yang Zarith pernah masuk untuk bersalin.

Err kiranya setiap puteri kami dilahirkan di hospital yang berbeza. Zuyyin Safiyya di Hospital Ampang, Selangor. Zayra Sakeena di Hospital Tuanku Aminah, Johor Bahru. Zerryn Sameeha di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan Zeeya Saara pula di Hospital Shah Alam.

Dan Alhamdulillah walaupun di hospital yang berbeza, layanan yang Zarith terima semuanya memuaskan hati. Syukur sangat.

Semasa di Hospital Shah Alam, tak seramai hosital lain. Doktor dan nurse pun sangat baik. Tapi bila kami request untuk masuk ke ward first class selepas Zarith melahirkan Zeeya, nurse kata masih belum beroperasi lagi walaupun hospital tersebut sudah beroperasi sejak tahun 2015.

Bila Zarith tanya nurse kata mereka masih kekurangan staff. Kesian.

Assalamualaikum Zeeya Saara

Tapi 2nd class pun not bad. 4 katil dan ada air condition. Bila baby kita sejuk, mereka pasangkan heater khas untuk baby. Heater tu ada wire yang dilekatkan pada badan baby untuk monitor suhu badan baby. Dan heater tu akan adjust temperature sendiri ikut suhu yang sesuai.

Sarapan pagi- bihun sup

Makanan pun not bad. Kita lapar kan, memang ternanti-nanti makanan yang dihantar hehe.

Selepas sarapan, Zarith terus ambil Set Berpantang Shaklee. Sebenarnya lepas keluar dari labour room dan masuk ke ward tu Zarith dah mula makan Set Berpantang ni. Tak perlu risau anak ada jaundice ke apa, sebab ianya tak memberi kesan pun. Malah ia bantu ibu dan baby sihat. Sebab tu Zarith amalkan Set Berpantang shaklee ni sejak melahirkan anak ke-2 hingga ke-4 ni 🙂

Lunch- nasi, sup ayam, sayur

Dan yang paling best, bila dah keluar dari hospital tu siap ada hadiah sempena menyambut kelahiran si kecil. Hadiah ni berbeza ikut tahun rasanya, sebab setiap kali kelahiran anak memang akan dapat cuma quantiti dan brand je yang berbeza.

So masa nak keluar hospital haritu, mereka bagi Zeeya Saara hadiah ini. Thanks drypers, petpet dan Johnson&Johnson 🙂

Zarith duduk di hospital satu hari satu malam. Alhamdulillah semuanya ok. Maka boleh discharge awal.

Walaupun baru satu malam tidur hospital tapi rasa macam lama sangat dah tinggalkan Zuyyin, Zayra dan Zerryn.

Terbayang-bayang wajah mereka. Malam di ward tu tak boleh tidur pon sebenarnya. Biasalah kat hospital kan, nurse keluar masuk nak cek Zarith dan patient satu ward dengan Zarith. Sambil tu Zarith tengok video anak-anak untuk mengubat rindu.

Bagi yang bercadang nak melahirkan anak di Hospital Shah Alam ni, sentiasa berdoa dengan Allah agar dipermudahkan segala urusan dan mendapat yang terbaik semasa proses melahirkan 🙂

With Love

IbuZarith

 

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Fisya says

    May 28, 2018 at 15:20

    Hospital Shah Alam memang terbaik..Sy juga bersalin di sana tahun lepas..Layanan nurse2 memang bagus..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 14:54

      Bestkan =)

      Reply
  2. Anuar says

    May 28, 2018 at 15:35

    ALhamdulillah…
    Tahniah puan.. Selamat menyambut kelahiran cahaya mata yang ke 4..
    Kesemuanya puteri yer…. Tentu seronok melihat keayuan anak-anak bila masing-masing dah besar nanti..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 14:53

      Alhamdulillah terima kasih banyak =) Semoga mereka membesar menjadi muslimah solehah yang berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.

      Reply
  3. siti nurfatma hanim says

    June 26, 2018 at 10:21

    salam, cara nak request 2nd class ni mcm mana ye ? kena booking dulu or mcm mna

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 10, 2018 at 10:56

      Masa daftar nak bersalin tu kena tanya kaunter ada kosong x. Kalau ada boleh booking terus, kalau xde minta nak que listing

      Reply
  4. Elsie says

    November 12, 2018 at 11:57

    Hi..nak tanye, bole suami teman isteri tak semasa bersalin?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2019 at 15:10

      Boleh puan

      Reply
  5. Dahlia says

    December 18, 2018 at 18:25

    Saya pun akn bersalin di hospital shah alam jgk tahun dpn…due date 14/2/2019…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 9, 2019 at 15:03

      semoga dipermudahkan segala urusan

      Reply
  6. Tyera says

    May 7, 2019 at 09:26

    Salam. Berapa ya Kos 2nd class ?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 23, 2019 at 23:00

      Wsalam wbt. Alamak tak ingat dah berapa huhu.. Maaf ya

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design

imunify-bot-check