Assalamualaikum wbt
Macam mana persiapan raya tahun ni? Dah order kuih raya ke? Atau buat sendiri je? Tahun ni Zarith tak buat satu kuih raya pun, berpantang dengan gembira sambil mengulit Zeeya Saara =) Jadi tahun ni Mr Hubby dah order sedikit kuih raya daripada sahabatnya.
Walaupun dah order kuih raya, kuih yang tak jemu di makan sebagai kudap-kudapan keluarga adalah kuih kapit peanut butter kegemaran Zarith ni. Tahun lepas je Zarith order kuih kapit ni dari 3 penjual yang berbeza. Rasanya? Tentulah berbeza. Tapi yang Zarith nak sharekan pada harini adalah kuih kapit yang paling sedap yang pernah Zarith rasa so far =)
Dalam banyak-banyak kuih kapit peanut butter yang Zarith pernah rasa, yang satu ni memang takde siapa boleh lawan tau. Intinya banyak dan sedap pulak tu. Melimpah ruah. Bak kata orang, tak lokek =)
Tahun lepas dah order untuk raya, tapi tak sampai hari raya pun dah licin. Tahun ni order lambat sikit, bagi ngam-ngam nak raya supaya tak cepat habis hihi. Sebenarnya dia ada 2 perisa, chocolate dan juga peanut butter, tapi sebab Zarith lebih suka peanut butter, maka rasanya seperti peanut butter lebih sedap =p
Oh ye, selain daripada kuih kapit meleleh yang super sedap ni, kuih bangkit cheese dan opak-opak sira sambal dia pun sedap! Kalau nak order kuih kapit baik order sekali. Rugi kalau tak cuba tau!
Dan yang bestnya kuih kapit, kuih bangkit cheese, kuih opak-opak sira ni boleh dipos tau! Tapi ikut nasib la kan, kot la masa posmen bawak tu terjatuh ke apa, habis la kuih kita hancur, huhu.
Tapi haritu Alhamdulillah ok juga keadaan kuih kapit tu, cuma ada hancur sikit je. Kuih bangkit cheese dan opak-opak maintain cun =)
Tapi jangan risau, boleh terus hubungi pemilik kuih-kuih sedap ni iaitu Puan Amimah Samad, dan boleh terus tanya la di mana agen beliau. Beliau ada ramai agen di seluruh Malaysia tau =)
Okay harga kuih-kuih ni ada di bawah ye:
- Bangkit Cheese RM20 (~45 pcs)
- Opak ubi RM 15/setengah kilo
- Kapit Peanut Butter RM25 (~ 36 pcs)
Haaa harga dia pun berbaloi-baloi kan? Cepat hubungi Puan Amimah untuk booking kuih raya anda sekarang!
Hubungi Puan Amimah Samad di talian 013-7716961
Leave a Reply