Assalamualaikum wbt
Semasa perkahwinan adik bongsu Zarith tempoh hari, kami telah menggunakan khidmat menyewa dulang daripada hantaran_by_thedulang. Boleh follow di instagram mereka. Servis memang sangat memuaskan hati.
Ada pelbagai jenis dulang hantaran yang disediakan dan harga sewa pula adalah dari serendah RM5/unit. Manakala harga sewa untuk satu dulang ekslusif adalah RM 35/unit. Deposit juga sangat berpatutan.
Memandangkan kami nak decoration yang simple yet elegant maka kami pilih untuk gunakan dulang hantaran yang ekslusif, jadi tak perlu lah deko beria sangat hihi.
Kalau nak beli sendiri, memang mahal harga untuk satu unit dulang ni, lagipun pakai cuma sekali, jadi bila ditolak campur darab bahagi, sewa adalah lebih menjimatkan.
Tambahan pula ianya sangat menjimatkan ruang rumah kita, tak perlu pening kepala, lepas majlis nanti nak letak mana.
Yang menariknya, mereka juga menyediakan khidmat menggubah hantaran. Bagitau je mereka kita nak tema warna apa, mereka akan bantu gubah dengan charge yang sangat berpatutan juga.
Jom tengok dulang yang kami gunakan tempoh hari, memang cantik dan ekslusif sekali. Siap digubahkan sekali. Kami gunakan 7 dulang.
- Jam Tangan
- Kasut
- Buku
- Cookies
- Cincin
- Perfume
Haa, mengancam kan? Zarith tengok pun rasa macam nak kahwin sekali lagi dengan orang yang sama hihi. Dulu takde pula dulang cun macam ni, simple je dulu. Sekarang dah macam-macam pilihan.
Ohye, untuk sewa dulang hantaran ni, anda boleh ambil di Nilai atau di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.
Kalau anda nak sewa dulang atau gubahan hantaran boleh terus hubungi
Pn. Adda 019-3175747
Leave a Reply