Assalamualaikum wbt
Dari haritu Zuyyin request ibu nak makan burger dan bawa bekal ke sekolah. “Kawan-kawan Zuyyin ada yang makan nugget, burger, sosej. Boleh tak nanti ibu tolong bekalkan Zuyyin?”

So harini ibu buatkan sayang ibu burger special punya. Ibu cari resepi Jamie Oliver, tapi ibu olah sikit ambil yang mana perlu je, hehe.
Bahan-bahan:

- Isi Ayam 500g yang dicincang kecil (kalau nak blend pun boleh)
- Seulas bawang sederhana besar, dilayurkan atas frying pan tanpa minyak. Kemudian sejukkan.
- Sebiji telur ayam kampung
- 6 keping biskut jacob yang dihancurkan/ boleh juga pakai breadcrump
- Satu sudu kecil garam (tak menggunung, sebesar sudu kfc)
- Sedikit lada sulah dan lada hitam.
Cara-Cara:

- Masukkan semua bahan dan ratakan
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak
- Basahkan tangan dengan sedikit air agar isi ayam tidak melekat pada tangan.
- Kepalkan dan leperkan sedikit isi ayam dan masak dalam kuali. Kalau nak buat stok, memadai hanya separuh masak sahaja. Dan boleh disimpan dalam peti sejuk.
- Enak dimakan sekali dengan salad dan tomato!

Zuyyin happy sangat bila nampak bekal dia. Ye la, dah 2 minggu request baru dapat, hehe. Selain dari burger, ibu buatkan sekali nugget. Yummey! Zayra dan Zerryn pun suka sekali =)

Selamat Bersekolah Zuyyin! Ibu sayang Zuyyin <3
sedapnya burger zuyyin.
Best kak ros hehe
pilihan bijak buat daging burger sendiri.
Lagi berbaloi =)