Assalamualaikum wbt
Setiap hari Jumaat, Zuyyin ada subjek Pendidikan Seni di sekolah. Apa yang bestnya, kebanyakan aktiviti yang dibuat, Zarith pun tak pernah buat dulu, huhu.
So setiap hari Jumaat, ibu bapa akan diminta untuk menyediakan bahan bagi projek seni anak-anak. Dan yang bestnya, setiap kali lepas habis kelas seni, kami terus dapat message dari cikgu kelas Zuyyin untuk bawak barang apa seterusnya. So senanglah kita nak prepare awal-awal kan =)
Minggu lepas, cikgu seni minta kami sediakan bahan untuk membuat boneka senduk. Jadi barang yang perlu di bawa adalah
- Senduk kayu
- Gam Uhu
- Peralatan untuk menghias senduk mengikut kreativiti murid-murid
Barang-barang ni basically Zarith dah ada kat rumah. Yela, Zarith dulu kan jahit busy book anak-anak, so senang la, just ambil je apa yang tinggal. Mujur la mata bulat-bulat tu masih ada, kalau tak jenuh juga nak kena ke kedai.
Oh ya, kalau mommies belum ada, boleh cari semua barang ni di Mr. DIY atau Daiso, one stop centre gitu, hehe.
So malam tu Zarith briefing Zuyyin sikit nak buat macam mana, ajar dia supaya glue tak melekat di tangan. Dan kami bekalkan Zuyyin dengan gloves getah juga, risau gam uhu tu terkena tangan Zuyyin.
Bila balik dari sekolah, Zuyyin pun tunjuk hasil kerja dia. Amboi colourful sungguh rambut boneka ni, kalah omputih =p

Ok la tu, at least kita tahu anak kita gunakan daya kreativiti dia untuk menghasilkan boneka yang cantik dan menarik.
So kalau nak buat aktiviti untuk mengisi masa lapang anak kita, memang sangat la sesuai, something different kan =)

Boleh la buat main pondok-pondok juga, buat pentas ke kan, dan buat beberapa boneka, syok la kalau nak main anak-beranak. Hehehe
Semoga bermanfaat!
Love
Ibu Zarith
Leave a Reply