Assalamualaikum wbt
Masih segar lagi dalam ingatan Zarith bila Zuyyin terkena jangkitan virus Influenza B pada hujung tahun 2018. Waktu tu cuma tinggal lebih kurang seminggu je lagi nak mula sesi persekolahan tahun 2019. Yang mana Zuyyin akan mendaftar sebagai murid darjah satu.

Aduhai, macam mana pula ni? Bukan setakat sesi persekolahan biasa, tapi ini antara detik paling penting dalam hidup seorang kanak-kanak, iaitu masuk darjah satu. Alangkan Zarith sekarang ni masih ingat macam mana detik persekolahan pertama dulu. Ibu tunggu tepi tingkap, tengok kawan-kawan ada yang menangis, makan bekal dengan ibu, cikgu ajar ABC kat depan sambil menyanyi.
Tapi kalau Zuyyin tak sihat, takkan nak paksa pergi sekolah kan?
Nak tahu macam mana Zuyyin boleh terkena jangkitan influenza B?
Apa pula yang Zarith buat untuk pastikan Zuyyin cepat sembuh agar dapat ke sekolah dalam keadaan yang sihat dan pada masa yang sama nak pastikan yang adik-adik Zuyyin lagi 3 orang tu tak berjangkit? Zeeya baru berusia 7 bulan, Zerryn pula baru 1 tahun 8 bulan.
Jom tengok Video Zarith ni sampai habis. Insha Allah ia dapat membantu.
Semoga bermanfaat!
Love
IbuZarith
Leave a Reply