Assalamualaikum
Alhamdulillah seronok sangat rasanya bila Zarith dapat mula buat kek balik. Dah lama tinggalkan hobi yang satu ni. Salah satu sebabnya, sejak kami pindah rumah, takde beli oven lagi.
Walaupun ada airfryer kat rumah, tapi belum terdetik hati nak buat kek menggunakan airfyer ni. Sebelum ni just masak ayam, ikan, frozen food macam karipap, popia dan sebagainya.
Resepi pertama yang Zarith cuba adalah bingka pandan. Alhamdulillah menjadi! Dan yang bestnya, memang buat ngam-ngam untuk minum petang seisi keluarga.
So bila Zarith dapat resepi cheese cake ni dan cuba, Masha Allah happynya. Sangat senang nak buat dan jadi pulak tu. Just masukkan bahan-bahan dalam blender, blend je sampai sebati.

Lepas tu terus masukkan dalam loyang yang muat masuk dalam airfryer kita. Setkan suhu dan masa. Tunggu sambil kita buat kerja lain dan..tada~~ dah siap!
Kalau nak tau lebih lanjut tentang bahan dan cara membuatnya, jom tonton video ni sampai habis. Seminit je dah siap =)
Semoga bermanfaat =)
Love Ibu Zarith
Leave a Reply