Assalamualaikum wbt
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun 2020, Zarith percaya ramai diantara kita yang terperangkap dengan masalah yang sama, iaitu tak perasan berat badan tiba-tiba naik mendadak =p
Macam mana Zarith tau? Zarith pun sama dengan anda. Meeting business online back to back (banyak duduk di depan laptop), kurang aktiviti fizikal yang aktif dan seronok order makanan secara online untuk menghiburkan hati tak dapat keluar rumah berbulan-bulan lamanya.
Sehinggakan tanpa Zarith sedar, berat badan naik sehingga 65kg dan pernah mencapai berat paling dasyat, lebih dari masa mengandung iaitu 67kg. Masha Allah teruk betul rasanya pada waktu tu. Biasanya berat Zarith hanya sekitar 55-57kg dengan ketinggian 163cm
Bila dah naik sampai 10kg, of course body fat, visceral fat (lemak yang menyeliputi organ kita) pun akan turut tinggi, lemak terkumpul sana-sini yang menyebabkan kita kurang selesa dan kurang keyakinan nak berjumpa dengan orang ramai
Tapi entah mengapa, takde inisiatif untuk Zarith turunkan berat, walaupun pada waktu tu Shaklee ada buat program “HELLO NEW YOU ” untuk bantu kita kurus dengan cepat dan selamat bermula bulan jun 2022.
Betul la orang kata, kalau kita sendiri yang takde kemahuan, semuanya akan jadi sia-sia saja.
Sehinggakan pada satu masa…jeng jeng jeng…
Zarith terima email dari Shaklee yang mengatakan Zarith qualify untuk ke Switzerland fully sponsored by Shaklee pada musim winter, nov 2022.
Masha Allah Alhamdulillah.. Happy tak terkata.
Haaa waktu ni Zarith dah mula pasang angan-angan untuk pakai semula baju winter yang pernah Zarith beli semasa Zarith masih belajar di Germany dulu.
Tapi..masalahnya baju tu zaman anak dara. Bila Zarith cuba…sohih! Memang takde harapan…Butang pun tak boleh nak kancing, lengan sendat.
Masa yang tinggal hanya sebulan setengah sebelum tarikh untuk fly ke swiss pada 31 October 2022. Sempat ke?
Jadi, Zarith bertekad nak turunkan bukan setakat berat badan, tapi juga body fat dan inchloss.
Dan Alhamdulillah Zarith turun 5.6kg dalam 5 minggu 2 hari menjadikan berat pada 27 October 2022 59.5kg. Paling penting banyakkk inchloss dan body fat turun dengan gembira. That’s my aim.
Thanks to my old winter jacket yang menjadi pemangkin untuk Zarith mulakan journey ini.

So kat sini Zarith nak share 5 cara yang Zarith lakukan untuk turunkan badan dengan cepat, sihat dan selamat:
- Elakkan makan atau minum minuman manis.
- Lakukan intermittent fasting (IF) the Shaklee way.
- Masa ni Zarith amalkan Set Hello New You yang ada Cinch Chocolate (Protein Shake) untuk bantu Zarith kekal kenyang lebih lama, badan tak menggelember bila dah kurus. Omega Guard dan Lecithin sangat penting untuk bakar lemak secara lebih effisyen. Herblax dan Alfalfa sangat penting untuk detox usus kita, supaya lebih lancar proses penurunan berat badan dan mengempiskan perut.
- Selain itu, Zarith ambil cinch tea untuk bantu boost metabolisme dan yang paling penting hilangkan craving nak makan dan minum macam-macam. Dan yang bestnya bila kita bersenam, peluh tu mencurah-curah, habis dibakarnya lemak kita
- Semasa dalam tempoh Intermittent Fasting tu, Zarith wajib ambil Vivix (Polifenols). Selain beri Zarith tenaga sepanjang hari, polifenols sangat bagus untuk meningkatkan keupayaan otot untuk menyerap gula dan mengelakkan lebihan gula disimpan dalam lapisan lemak. Ia juga mengelakkan pembentukan tisu lemak dan mengurangkan simpanan lemak dalam badan
- Jaga portion makanan
- Yang ni paling best, sebab Zarith boleh makan lauk dan nasi, cuma perlu jaga saiz hidangan sahaja. Of course untuk turunkan berat, kita perlu lakukan kalori defisit.
- Minum air masak mencukupi
- Penting untuk kita pastikan kita minum air jarang mencukupi setiap hari (orang johor panggil air putih tu air jarang =p)
- Bersenam at least 30 minit setiap hari.
- Yang ni mula-mula nak buat tu memang susah, tapi Zarith mulakan dengan briskwalk 2km pada minggu pertama sambil teman anak-anak main di padang
- Pada minggu kedua, Zarith dah boleh mula jogging 2.5km, dan seterusnya 3km
- Kalau keadaan tak mengizinkan untuk Zarith keluar, hujan dan sebagainya, Zarith akan buat zumba di rumah. Boleh cari je video zumba di youtube
Alhamdulillah sehingga ke hari ini, Zarith dapat maintain berat badan seperti sekarang, walaupun kadang tu ada juga cheat day makan makanan yang kita teringin.
So kalau anda pun sama macam Zarith dulu, berazam nak turunkan berat badan dengan cara selamat dan berkesan, boleh terus hubungi Zarith sekarang!
Insha Allah anda akan dapat pakai balik baju yang dah lama tersimpan dalam almari akibat dah tak muat dulu dan dapat berat dan bentuk badan yang anda idamkan =)
Love
Ibu Zarith
Your Shaklee Independent Distributor
914562
#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023
best2. Wajib try set ni
Besttt sangat 🥰