Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

December 22, 2014 by Ibu Zarith

Atasi Rasa Takut Untuk Mengejar Impian

Assalamualaikum

Conquer Your Fear

Setiap orang mesti ada perkara yang paling takut untuk dibuat. Tipu lah kalau takde. Tapi kalau betul-betul takde tu anda memang seorang yang hebat! Superhuman! HEHE. Dulu, kalau orang bagi apa task sekalipun kat Zarith, Inshaa Allah Zarith boleh buat kecuali satu perkara. Memandu!

Atasi rasa takut

Mungkin ada yang rasa, hek eleh benda simple pon nak heboh. Tapi buat seorang insan yang bernama Zarith Sofia, memandu adalah sesuatu yang sangat mendebarkan. 

Dulu ambil lesen memandu sebelum pergi menuntut ilmu di Germany demi menggenggam segulung ijazah. Di sana pengangkutan awam sangat efisyen sampai kita tak terfikir pon lesen kereta ni satu keperluan. 

Bila dah balik sini, sentiasa ada yang membawa ke sana-kemari. Ayah, adik-adik dan juga suami. Dulu masa preggykan Zuyyin, sanggup turun naik lrt, bus, berjalan kaki bagai untuk pergi checkup kerana Mr. Hubby kerja jauh nun di LCCT dan Zarith di Kuala Lumpur.

Keluar pagi balik malam. Zarith pergi dan balik kerja tumpang mak andak yang duduk berhampiran dengan kami. Jadi rasa tak perlu lah kan nak susah payah drive sendiri. 

Tapi bila pindah Pasir Gudang, lain jadinya. Di sini sangat la susah nak jumpa pengangkutan awam, bas atau taxi. Lori kontena, trailer yang panjang-panjang dan besar tu banyak lah. 

Bila Mr Hubby ditugaskan ke India, bermulalah penghijrahan insan yang bernama Zarith ni. Seminggu sebelum Mr. Hubby berangkat ke India, setiap hari berlatih memandu, pergi balik kerja sendiri sambil Mr. Hubby di sebelah.

Waktu tu perasaan bercampur baur. Tapi rasa nak survive tu lagi tinggi, jadi redah jela walaupun seram sejuk kaki tangan pegang stering. 

Bila Mr Hubby dah pulang dari India, Zarith masih perlu drive untuk pergi check-up kandungan. Masa tu dah preggykan Zayra. Mr. Hubby tak boleh kerap keluar pejabat. Nevermind. Zarith nak jadi seorang wanita yang serba boleh, jadi walaupun memboyot, tetap gagahkan diri memegang stering. 

Allahlah sehebat-hebat perancang. Rupa-rupanya apa yang Zarith lalui semua tu untuk menjadikan Zarith lebih kuat bila Mr Hubby mengembangkan kerjayanya di Subang pada 1 September 2014 yang lepas.

1 September 2014 juga adalah tarikh Zarith naik semula ke pejabat setelah cuti bersalin selama 2 bulan. Bawak baby dalam carseat, Zuyyin dalam carseat. Alhamdulillah semua dimudahkan. In fact sangat seronok dengan perkembangan diri. Mr Hubby pon tak putus-putus bagi sokongan. 

Dan mimpi ngeri datang lagi. Minggu lepas ada seorang Leader Shaklee kami turun ke Skudai untuk majlis perkahwinan salah seorang sahabat kami. Zarith teringin nak jumpa Kak Lin, teringin sangat. 

Mr Hubby pulak tak balik Johor sebab baru pulang dari China. Waktu tu dah serba salah. Takut. Serius Takut. Tapi Mr. Hubby bagi sokongan. Malam tu Mr. Hubby dah carikkan dulu di google map apps di handphone beliau. 

Maka semalam, Ahad 21 December 2014 merupakan hari paling bersejarah dalam hidup Zarith. Zarith berjaya memandu sejauh 100km pergi balik sendiri dengan bantuan GPS sendiri! 

Wow, satu pencapaian pemanduan terhebat buat masa ni, HEHE. Alhamdulillah. Dapat keluar dari kepompong yang selesa selama ni dan bakal menjadi seekor rama-rama cantik satu hari nanti.

Alhamdulillah dapat berjumpa keluarga Polaris yang tersayang. Seronok sangat! Sungguh! Menuntut ilmu bersungguh-sungguh semalam. Rasa diri sangat berharga bila dapat tambah nilai kepada diri sendiri.

Thanks Byte Bawak Kek =)
Terima Kasih Syu selaku tuan rumah. Spegeti Syu sangat sedap! Semoga ada rezeki untuk berjumpa lagi kesayangan semua.   
Ukhwah terbina semoga membawa kesyurga.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Syuhada Amir says

    December 23, 2014 at 12:29

    takpe zarith…u can do it! Awk kan hebat 😀

    Allah sentiasa ada utk hambaNya…jgn risau…

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      December 24, 2014 at 14:34

      Amin..Thanks syu syg =D

      Reply
  2. Ema Johari says

    December 23, 2014 at 12:30

    bila berseorangan masa itulah boleh berdikari kan.

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      December 24, 2014 at 14:34

      Kan Ema…bila semua terpaksa =)

      Reply
  3. sha dhira says

    December 25, 2014 at 22:10

    bila keadaan memaksa, the outcome mmg luar biasa..
    cth mudah, esok lusa nak kena submit asgmn, nak tak nak mmg siap jugak akhirnya.. eheh
    tahniah kak.. TERBANG MENJADI RAMA2 YANG CANTIK.. 😀

    Reply
  4. Hanis Amanina says

    December 26, 2014 at 00:16

    bawak kereta kena selalu praktis bg yg mula2 dapat lesen. nanti berkarat skill hihi

    hanisamanina.com

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design