Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

December 19, 2014 by Ibu Zarith

Resepi Makanan Bayi 6-12 Bulan

Assalamualaikum

Bila baby dah menginjak usia 6 bulan, mula la kita nervous nak bagi makan apa. Balik-balik makanan yang sama. Jom tengok antara resepi yang ibu boleh buat

Puree Betik

Masa penyediaan: 2 minit
Masak: Tak Perlu
Cara Penyediaan : Kupas kulitnya. Lenyek dengan garfu. Boleh juga dicampurkan dengan susu ibu jika perlu. Betik mengandungi Vitamin C dan Beta-Carotene yang tinggi sebagai anti radang dan penguat imun sistem. Betik amat bagus untuk merawat anak sembelit, namun harus juga berhati-hati sebab kalau terlebih boleh sebabkan cirit-birit pula.

Puree Epal dan Mangga

Masa penyediaan: 5 minit
Masak: 9 minit
Bahan-bahan: 100gm (4oz) mangga ranum, dikupas kulit dan dipotong kecil. 2 biji epal yang di potong kecil
Cara Penyediaan: Stim buah epal sehingga lembut. Campurkan epal dan mangga. Blend sehingga lembut. 

Puree Brokoli

Masa penyediaan: 5 minit
Masak: 20 Minit
Cara Penyediaan: Stim brokoli sehingga lembut. Boleh juga direbus tapi nanti khasiatnya turun ke air, rugi sikit la.

Masukkan brokoli yang dah lembut tadi ke dalam blender dan tambahkan sedikit air yang digunakan untuk stim tadi. Blend sehingga lembut. Tada! Siap!

Brokoli adalah sayur yang sangat berhasiat, sangat bagus untuk otak mahupun tulang kerana ia mengandungi kalsium yang sangat tinggi.

Namun begitu brokoli boleh menyebabkan kembung. Bukan sahaja baby malah orang dewasa macam kita pon boleh kembung, jadi jangan ambil dengan kuantiti yang banyak.

**Seperti yang telah dibincangkan sebelum ni, untuk campurkan apa jenis makanan sekalipun pastikan baby kita telah lulus 4-days-rule ye. Ini untuk memudahkan kita detect sekiranya berlaku alahan pada baby kita


Asparagus dan Puree Epal

Masa penyediaan: 2 minit
Masak: 5 minit
Bahan-bahan: 1/2 biji epal yang dipotong kecil, 4 batang asparagus
Cara penyediaan: Masukkan epal dan asparagus ke dalam kuali yang mengandungi air, panaskan dan kacau sehingga empuk. Blend sehingga lembut. 

Asparagus mengandungi khasiat yang sangat banyak. Termasuklah inulin, sejenis bahan yang tidak akan terhadam di dalam perut dan menyediakan persekitaran yang bagus untuk bakteria baik dalam perut

Puree Pisang, Peach dan Stawberry

Masa penyediaan: 5 minit
Masak: 2 minit
Bahan-bahan: 1 biji pisang, 2 biji strawberi, 1 biji peach yang ranum.
Cara Penyediaan: Masukkan buah-buahan dalam kuali dan masak selama 2 minit. Blend dan siap!

Kesemua puree ini boleh diasingkan dalam bekas plastik kecil-kecil dan disimpan dalam freezer untuk digunakan pada hari lain. Treat makanan baby dalam freezer seperti EBM (expressed Breast Milk) ye =)

 

Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Bunda a.k.a KN says

    December 20, 2014 at 05:15

    salam, kalau mudah macam ni bukan baby ajer yang suka mak baby pun elok juga makan untuk menambah baik menu seharian kan..

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      December 20, 2014 at 20:53

      wsalam, tuhla berkhasiat kan. Zarith pun suke ;”)

      Reply
  2. Annur Syuhadah says

    December 25, 2014 at 09:13

    simple je nak prepare homemade food untuk baby..tapi annur pelik sekarang kenapa ramai sgt mommies yg amik jalan mudah bagi nestum je kat baby..

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      January 14, 2015 at 00:11

      Kan Annur, apela yag disibukkan sangat tu =p

      Reply
    • Zarina says

      March 13, 2017 at 06:55

      Anak saya bg puree gn bubur nasi. Alhamdulillah membesar bagai juara. Tk bg nestum langsung.

      Reply
      • Ibu Zarith says

        April 21, 2017 at 01:57

        Alhamdulillah.
        Sama la anak kita, takde nestum langsung =)

        Reply
      • zara says

        July 16, 2017 at 20:07

        bagi bubur nasi tu..bubur nasi saja ke?
        baby 6 bln kena mkn pagi atau petang puree tu

        Reply
        • Ibu Zarith says

          August 11, 2017 at 23:01

          Bubur nasi sahaja pun boleh, atau bubur yang dicampurkan dengan puri yang telah baby lulus =)
          Tak kisah makan pagi atau petang tapi kalau Zarith suka bagi makan pagi jika makanan baru dikenalkan kepada baby. Dikhuatiri jika berlaku alahan, siang hari mudah untuk kita uruskan =)

          Reply
  3. Cik Yaya says

    December 25, 2014 at 18:51

    nmpk sedap plak puree tu..
    mesti sedap kan..suke bby lau mkn ni

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      January 14, 2015 at 00:11

      Seedap Yaya =)

      Reply
  4. Mad Parihh says

    December 31, 2014 at 00:10

    nice info 🙂

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      January 14, 2015 at 00:11

      Tq Mad =)

      Reply
  5. hana hadi says

    January 9, 2015 at 21:33

    terasa nak makan la plak.. mesti baby pun suka
    bila besar nanti harap dapat makan buah-buahan setiap hari

    dah masuk hari ke 9 tahun baru.
    selamat tahun baru 2015 😀

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      January 14, 2015 at 00:12

      Selamat Tahun baru Hana =)

      Reply
  6. Jari Manis says

    February 3, 2015 at 23:02

    kalau lah JM ada baby haruslah follow resipi2 ni nampak menarik

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 4, 2015 at 00:37

      Takde baby, buat untuk diri sendiri pon apa salahnya JM hehe

      Reply
  7. shazira says

    April 9, 2015 at 07:56

    Betul..alhamdulillah baby br masuk 6 bln..start xgn puree brokoli stimkan n blend dgn ebm..laju jer baby mkn..dh try kobis bunga..carrot..epal..simpan siap2 mcm ni gak..pg nyer pas kt pengasuh..ari ahad jer ibu nyer cuti..br bole suap sendiri..

    Reply
  8. abby says

    April 9, 2015 at 11:10

    As salam….arini nk trylah recipe ni kt rumah…nk try ikut schedule yg u bg tu utk my only hero baby noah….

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 9, 2015 at 13:30

      Try la abby, sedap! Jangan lupa 4 days rule ye 😉

      Reply
      • eidya says

        October 3, 2015 at 01:10

        4days rule ape sis? sis nk tny if stok yg simpan dlm fridge blh thn brp lm ye

        Reply
        • Ibu Zarith says

          October 10, 2015 at 01:39

          4 Days rule yang ada dalam jadual kat atas tu. Kita kenalkan satu jenis makanan selama 4 hari berturut untuk pastikan anak kita takde elergik pada makanan tu. Makanan yang disimpan di tempat beku tahan 3 bulan. Tapi kalau boleh tak perlu la sampai 3 bulan, sebab semakin lama kita simpan semakin kurang khasiatnya. Buatlah stok paling lama pun untuk 2 minggu, kalau boleh =)

          Reply
          • nor hafizah ninti ahmad says

            November 9, 2016 at 16:54

            salam..nk tnya slps lulus 4 day rule tu bru wat resepi cm puan share tu ker msksud sy cmpur2 buah…

          • Ibu Zarith says

            November 15, 2016 at 15:01

            Wsalam, ye betul =)

          • Zaty says

            February 23, 2018 at 11:26

            Salam nak tnya.. klau dah Simpan Dalam peti sejuk 2 mngu.. nak suap ke baby.. kena Panas kn dulu la ye?

          • Ibu Zarith says

            July 13, 2018 at 22:02

            Wsalam wbt. ye, perlu panaskan.

  9. intan Nazirin says

    May 21, 2015 at 12:57

    Nmpk sedap kak..gud info.bole buat nnti

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 21, 2015 at 17:35

      hehe memang sedap pun =p

      Reply
  10. zana says

    May 28, 2015 at 13:03

    Buh dlm freezer,brp hari boleh tahan tu? Kalau nk serve kat baby,kena panaskn cmne ek?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 31, 2015 at 17:52

      Tahan 3 bulan macam EBM. Panaskan pakai warmer atau rendam dalam bekas berisi air suam.
      Tapi Zarith dulu hari2 buat sendiri sebelum dan selepas balik kerja, nak bagi anak makan yang fresh =)

      Reply
  11. norhayati says

    May 29, 2015 at 11:06

    Sehari berapa kali ye bagi makan kat baby 6 mos?
    Kalau puree frozen tu..kita panaskan mcmmanna ye? Bila nak bagi babysiter yg frozen atau yg dah dipanaskan…tq..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 31, 2015 at 17:46

      Sehari sekali cukup, sebagai pengenalan. Satu sesi 1-2 sudu kecil baby tu dah memadai, sebab pada waktu ini baby baru nak berkenalan dengan makanan, tapi susu masih menjadi sajian utama =)

      Kalau puree frozen tu yati buat macam handle EBM. Defrostkan dulu, baru panaskan pakai warmer.
      Kalau nak bg pada babysitter, better bagi yang belum panas, bila babysitter nak bagi makan, minta tolong beliau panaskan

      Reply
  12. Nur Hayati says

    July 10, 2015 at 14:13

    Assalam..4 days rule tu camane ya

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 10, 2015 at 16:38

      Wsalam.. 4 days rule tu, adalah peraturan 4 hari. Kita kenalkan baby kita dengan satu jenis makanan selama 4 hari berturut-turut untuk kesan sama ada baby allergic tak pada makanan tu. COntohnya buah epal, kita bagi puree epal 4 hari berturut-turut, rehatkan selama sehari, baru mulakan dengan buah lain. Begitu juga dengan ayam, ikan dan makanan lain.

      Reply
  13. schasaad says

    August 1, 2015 at 08:00

    Salam…bagaimana cara panskn puree kalo kite campurkn dgn susu ibu??kAlo ebm kn kne rendam air suam2 ktenye tkot ilng nutrien dlm susu

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 2, 2015 at 00:18

      Wsalam scha. Kalau frozenkan makanan baby, dinasihatkan tak perlu tambah susu ibu dulu. Selepas dipanaskan, baru ditambah susu ibu yg suam.

      Reply
    • Tini says

      April 13, 2017 at 21:38

      Ebm tu apa

      Reply
      • Ibu Zarith says

        April 18, 2017 at 22:19

        Expressed Breast Milk..Susu perahan ibu

        Reply
  14. wana says

    August 18, 2015 at 11:00

    salam..nak tanya klu nak bagi baby makan berapa banyak stok (dlm kiub ais) tu kita kena bg pengasuh? Kita bg stok puree yg kiub tu pd pengasuh dalam keadaan beku atau da cair? Dan berapa banyak susu ebm kita perlu campur dalam puree tu ye?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 26, 2015 at 00:18

      Wsalam wana,
      wana cuba bagi dua kiub dulu, kalau tak cukup tambah, kalau terlebih, boleh kurangkan nanti. Kalau boleh, biarlah puree tu dah tak beku, maksudnya telah diletakkan ditempat chiller semalaman, esoknya terus bawa ke rumah pengasuh dalam keadaan dah cair. Ini untuk memudahkan kerja pengasuh. Susu ebm tu tak perlu banyak sangat, sekadar nak bagi perasa jek. Tapi kalau tak campur ebm pun takpe. Ikut yang mana baby suka

      Reply
  15. Nora says

    September 19, 2015 at 18:51

    Good info sis. Tp ada soalan sikit.

    1. Frozen puree tu lpas dah letak di chiller, kalau keluarkan dlm suhu bilik pun ketahanan dia mcm ebm ke? Lpas dah panaskan pun mcm ebm kita ke?

    2. Baby 6 bulan boleh buatkan puree kurma ke?

    3. Apa tanda bby kita alah dgn mknn yg diberi?

    T. Kasih sis 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 29, 2015 at 05:32

      1. Seeloknya treat frozen puree tu sama seperti ebm. Tapi disebabkan puree buah-buahan bukanlah daripada sumber susu (kecuali kalau dah campur ebm siap-siap) jadi ia tahan lebih lama selepas dipanaskan. Apapun, sebelum bagi anak makan, dinasihatkan ibu rasa dulu. ok?
      2. Kalau nak buat puree kurma, seeloknya cari yang tidak bersira. Buat 4 days rule tu ye.
      3. Alahan bergantung kepada baby. Ada yang timbul bintik merah satu badan dalam masa 24 jam lepas makan

      Reply
  16. farrah says

    October 1, 2015 at 18:05

    Assalamualaikum.. klu kul 8 kita bagi puree campur susu formula, masih elok ke dlm kul 11/12 tgh hari?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 10, 2015 at 01:42

      Kalau boleh makanan baby jangan dibiarkan diluar ye selepas bagi makan tu. Seeloknya sediakan portion yang kecil. Walaubagaimanapun, kalau nak bagi juga, seeloknya sis rasa dulu, kalau berubah rasa dan teksturnya, lebih baik tak perlu bagi

      Reply
      • ayu farina says

        November 24, 2016 at 23:52

        Assalam sis..nk tanya puri bleh dicampur dgn susu formula ke?campur masa blend @ slps blend?

        Reply
        • Ibu Zarith says

          January 8, 2017 at 00:51

          Wsalam wbt. Boleh dicampur dengan susu yang anak puan minum, tak kisah semasa blend/selepas

          Reply
  17. Wan Nur Suzilla says

    November 29, 2015 at 20:07

    Suka dengab betik. Baby saya suka dan kita pun boleh makan sekali

    Nice info sis

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 1, 2015 at 12:58

      Betul, betik dan pisang memang best hehe

      Reply
  18. amyza says

    January 12, 2016 at 13:02

    assalam..sis
    tq for info.
    saya just nak tanya, baby saya umur 7 bulan, setiap pagi saya buatkan bubur nasi + brokoli/carrot/pumpkin utk anak saya..kemudian bila dah suam2, saya blend. separuh hantar pengasuh, separuh simpan dlm freeze utk bagi baby makan blk kerja nanti. soalan saya, adakah sama langkah2 yg perlu saya ambil seperti yg sis nyatakan tadi. lakukan 4 days rule.. kemudian boleh di frozenkan sampai 3 minggu.. sbb puree tidak dibuat bersama-sama bubur nasi kan?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 12, 2016 at 16:23

      Wsalam wbt emyza.
      Betul. Puree tu tak dibuat bersama bubur nasi. Kalau boleh biarlah bubur tu fresh. Setiap makanan yg nak dikenalkan mestilah ikut 4 days rule. Kadang tu baby ok utk hari 1st-3rd tapi tiba-tiba hari ke 4 keluar rashes atau tanda elegik yg lain. Maka baby kita tak sesuai lagi dengan makanan tu. Cuba lagi bila dah besar sedikit.

      Reply
      • amyza says

        January 13, 2016 at 10:04

        ok tqsm ibu zarith. saya akan lakukan 4 days rule tu. sebelum ni saya selang selikan makanan anak..arini bubur nasi + carrot, esoknya bubur nasi + brocoli.. fikir taknak anak rasa jemu..hihi.. rupanya silap.. terima kasih sis sharing good info.

        Reply
        • Ibu Zarith says

          January 26, 2016 at 00:33

          Welcome Amyza =)

          Reply
  19. titan says

    January 21, 2016 at 22:08

    memang budak suka puri.

    senang nak makan.

    sedap. bapaknya pun makan sama. haha

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 26, 2016 at 00:26

      Kesian maknya kena buat lebih untuk bapaknya ehehe

      Reply
  20. Ibu Azzalea says

    February 1, 2016 at 22:24

    Assalamualaikum ibu zarith.. saya nk bertanya mengenai air putih..baby 6 bulan dah boleh start minum dah ke?kalau boleh perlu disuap guna sudu atau letak dlm botol susu je?pastu berapa banyak kuantiti nak bg yer..takut2 pulak nk bagi.. baby fully bf.. tqvm 😄

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 1, 2016 at 22:37

      Wsalam wbt ibu azzalea
      As long as baby dah start solid food, dah boleh intro dengan air putih dan jus buah-buahan (homemade). Ini untuk mengelakkan baby kita sembelit. Boleh cuba pelbagai cara, sudu, botol atau sippy cup. Tengok yang mana ank kita suka 🙂 untuk kuantiti pula, kalau baru sangat mula makan, memadai bagi beberapa sudu air masak selepas setiap kali mkn, tapi kalau dah mula mkn bubur nasi, seberapa kerap dan banyak yang boleh

      Reply
  21. Nurul Huda says

    March 10, 2016 at 12:33

    Assalam ibu zarith.seronok baca entry ibu zarith ttg mknn baby ni.. Baby saya baru nak masuk 6 bln dan sy tgh google ttg puree. Saya nak tanya :
    1) ttg berapa byk puree yg baby boleh mkn dlm sehari?sblm ni baby sy menyusu BF dan susu formula 3 jam sekali..

    2)klu baby menyusu pukul 8am,waktu bila nk bg baby mkn puree..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 30, 2016 at 00:18

      Wsalam wbt Nurul Huda =)
      Wah bestkan bila baby dah mula makan, eksaited hehe.
      1. Untuk permulaan tak perlu bagi banyak. Sebab sebelum ini baby sudah biasa menyusu, jadi baby tidak biasa lagi. Memadai bagi baby rasa dua tiga sudu atau paling banyak 1 oz sahaja. Pada waktu ini makanan utama baby masih susu =)
      2. Tak perlu terlalu strict nak bagi baby makan, boleh flexible kan masa =) Mungkin Huda boleh beri pada pukul 10 am

      Reply
  22. Shakira Ain says

    May 4, 2016 at 14:55

    Assalamualaikum..
    Baby sy 6mnth… Untk baby 6mnth ckp k dgn makan puree je? Atau perlu diselang selikan dgn nasi bubur?
    Tq

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 4, 2016 at 22:29

      Wsalam wbt Shakira,
      Pada usia 6 bulan, pengenalan puree kepada baby bukan bertujuan untuk beri baby kenyang tapi bertujuan untuk memperkenalkan baby kepada makanan. Susu masih menjadi makanan utama baby =) Tak perlu bubur lagi.

      Reply
  23. zaiton says

    June 16, 2016 at 12:38

    assalam…so bila umur baby yg paling sesuai nk bagi makan bubur?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 20, 2016 at 01:56

      Wsalam wbt.
      Kalau ikutkan pada usia baby 8 bulan baru boleh kenalkan dengan bijirin (oat, beras) Pada usia 6 bulan kenalkan dengan puri buah-buahan/sayuran terlebih dahulu. Pada fasa ini usus baby baru nak kenal solid food, sebab sebelum ni selama 6 bulan hanya minum susu sahaja. Buah-buahan dan sayuran kurang ‘berat’ untuk perut baby

      Reply
  24. ummi imaan inas says

    July 12, 2016 at 14:35

    salam, saya nak Tanya kalau buat fruit or vege puree, boleh ke masa nak panaskan baru kita campurkan dengan susu formula?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 01:22

      wsalam, boleh puan =)

      Reply
  25. Sal says

    July 18, 2016 at 15:55

    Salam..

    Macam mana nak set how much to give per feeding ye? Kite buat kiub2 macam tu kan, so biase nye 1 cube per feeding? If baby show sign macam tak cukop, kita add lagi? or macam mana ye..hehe

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 01:24

      Wsalam.
      Setiap baby berbeza. Puan boleh cuba bagi 1 oz (1kiub dulu) kalau baby nak lagi, maksudnya tak cukup la tu, hehe. tambah lagi

      Reply
  26. zila says

    July 31, 2016 at 15:09

    Salam kak,nk tnye..bby sy bru msuk 6mth..sy bru nk stat bg mkn puree..soalan sy,puree pe yg terbaek tuk baby ? Means,1st mknn y nk msuk dlm mulut die,hihi 😘

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 8, 2016 at 00:30

      Wsalam wbt Zila,
      terpulang pada Zila nak bagi apa. Kak Zarith dulu bagi pisang sebab pisang adalah buah-buahan tempatan yang tiada bahan pengawet dan tinggi khasiatnya. Kak Zarith juga beri Zuyyin dan Zayra makan pada hari Jumaat, penghulu segala hari =)

      Reply
  27. Sara says

    August 15, 2016 at 14:55

    Salam,
    boleh ke buat bubur nasi frozen? then panaskan macam kaedah ebm?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 21, 2016 at 00:24

      Boleh..tapi kalau ada slow cooker lagi bagus, sebab kita boleh masak waktu malam, biarkan, esok pagi dah siap bubur tu. So baby dapat bubur fresh =)

      Reply
  28. Zam says

    August 21, 2016 at 08:43

    As salam..solid food utk bby 6 bln kn…tp smpai bile yea nk kena bg mkn solid food ni…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 21, 2016 at 22:56

      Wsalam wbt.
      Solid food ni dalam bahasa melayu makanan pepejal. Apa yg kita cuba lakukan adalah nak kenalkan baby kepada makanan pepejal tapi bukan secara mendadak. Sebab usus bayi sebelum ni hanya minum susu ibu selama 6 bulan, kalau kita terus beri nasi, terkejut pula perut baby. Jadi perlahan-lahan dari puri kepada bubur kepada nasi lembik dan last sekali bila baby dah ada gigi boleh mula kenalkan nasi lembut

      Reply
  29. syaza says

    September 20, 2016 at 13:52

    salam
    puan ank sy lahir x cukup bln.iaitu 34minggu.bile ye mase yg ssuai utk bg mknn pd bby..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 17, 2017 at 17:10

      Wsalam Puan Syaza,
      terpulang pada puan, tapi jangan bagi semasa usia bayi kurang dari 6 bulan ye

      Reply
  30. jun ahmad says

    September 21, 2016 at 20:46

    Assalam..ibu zarith,nk tny ni puri betik bleh frozen x?Mcm komen yg di atas,4-days rule 1 hari rehat..msa tu nk bg susu jer ke?
    Bb sy 8m bg puri kledek & carrot dia smbelit jd xsmp 2 hari sy tukar menu lain..bleh kan?Bkn pe ksian tgok dia mneran.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 17, 2017 at 17:15

      Wsalam wbt, boleh frozenkan puri betik. Puri keledek dan carrot memang ada sesetengah bayi sembelit

      Reply
  31. ibu 4H says

    October 26, 2016 at 23:03

    Pisang APA yg sesuai BT puree ye…tk

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 22:31

      Puan boleh rasa pisang yang tak berapa masam. Mungkin pisang emas dan pisang 44hari sesuai sebab rasanya manis

      Reply
  32. fiza says

    December 23, 2016 at 14:07

    Slm puan..tq for sharing the info..sy nak Tanya, masa kita blender buah tu..perlu ke campur dgn air atau just blender buah saje utk dijadikan stok dlm freezer..tq

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 3, 2017 at 23:08

      Wsalam wbt. Bila puan dah kukus, buah akan jadi lembut dan sedikit berair, tak perlu tambah air =)

      Reply
  33. Nia says

    January 9, 2017 at 05:21

    Assalamualaikum Puan…

    Saya dah intro plain rice porridge to my baby. Now saya nak intro rice porridge + carrot/broccoli. Tapi saya tak pernah intro carrot/broccoli yet. Adakah saya perlu intro carrot/broccoli alone for 4 days dulu then after that baru intro rice porridge + carrot/broccoli?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 02:27

      Wsalam wbt Puan Nia,
      seeloknya semua ikut 4days rule dulu untuk tentukan anak ada elegik atau tak pada makanan tersebut

      Reply
  34. Ieda says

    June 9, 2017 at 16:04

    Salam.
    Kalau bru sehari mkn puree n baby ade tunjuk kn kesan alergic trus stop sehari n bg puree lain plak ke?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:32

      Wsalam wbt. stop kejap dari makan, berikan minum susu sahaja sampai elegik tu hilang. baru mula makanan baru

      Reply
  35. ibu iman says

    June 16, 2017 at 10:36

    puree perlu campur dgn virgin oil tak?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:28

      tak perlu

      Reply
  36. Norma says

    July 12, 2017 at 13:31

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    ..good info..cari recipe puree terjumpa ur entri sis..very good info. nak tanya pumpkin sesuai ke untuk bayi 6mo??tapi act sy bru je bagi Dza puree pumpkin.huhu.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2017 at 23:03

      Wsalam wbt
      ada yang kata takut baby kembung sebab labu berangin. Apa pun semuanya bergantung kepada anak kita, ada baby yang ok, boleh teruskan =)

      Reply
  37. Murni fahiza says

    July 17, 2017 at 18:45

    Nak tanya, lepas simpan dlm freezer then bila nak bagi bby mkn keesokkan nya tu mknn nya dibiarkan cair sendiri or kena panas kan like steam ke masak ke or mcm mne eh? Tang tu saya mesti confius hehe

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2017 at 23:00

      Puan Murni boleh ikut cara macam nak cairkan susu ibu yang disimpan dalam freezer (EBM)
      Malam sebelum gunakan makanan, turunkan dibahagian chiller. Esoknya bila nak guna boleh panaskan gunakan food warmer, atau masukkan air panas dalam bekas dan rendam bekas makanan tadi dalam air panas tu =)

      Reply
  38. Emy jamil says

    August 7, 2017 at 00:12

    Hye ibu zarith. Thanks for sharing.
    And after go through all comments and feedback comments dri setiap soalan… Sgt mmbantu sy dpt knowledge.
    Sy dh try bg pure buah mse baby hussein 6 bulan. Tp dia mcm nk muntah. Tp xlah consistent 4 hari tu. Sbb tak thu rule tu.
    Now.. Baby sy dh 7 bln. Tp sy dh Start bg bubur nasi campur dengan pure syur/ buah. Baby Hussein tetap x enjoy the food. Mcm mcm menu dh explore utk bg dia mkn tp mcm sedih je.. 1-3 sudu je dia mkn.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2017 at 22:54

      Hye Emy,
      Bila baby umur 6 bulan, itu adalah fasa untuk berkenalan dengan makanan. Emy tak perlu susah hati kalau Hussein tak suka makan sekarang ni. 1-3 sudu tu pun dah ok as long as Hussein masih menyusu macam biasa. Makanan yang Hussein tak suka masa umur 6 bulan ni, tak semestinya dia terus tak suka. Nanti kalau Emy bagi makan balik menu yang sama masa usianya 9 bulan atau sebagainya, boleh jadi favourite Hussein pulak =)

      Emy boleh pelbagaikan menu dalam satu hari contohnya boleh juga bagi Hussein makan buah epal yang dipotong bulat (RING) dan pantau untuk dijadikan sebagai teether dia. rasa manis masam mungkin menarik perhatian dia. Tapi jangan dibiarkan sendirian =)

      Reply
  39. Nurhafizah says

    August 23, 2017 at 14:09

    Nice sharing sis..tqvm..
    Perlu panaskan blk x mknnan tu klu ketak dkm freezer??klu perlu mcm mn nk panakan??

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:24

      perlu panaskan. boleh rendam dlm air suam/panas

      Reply
  40. Ika says

    September 7, 2017 at 18:28

    salam ibuZarith,
    Good info & saya dapat lah juga knowledge cam mana nak handle baby dengan perkenalkan solid food pada baby saya.Saya ika,,baby saya baru nak masuk 6 bulan.jadinya saya nak tanya 4 days rule tuh,,maknenye 4 hari tuh kita cuma bagi puree yang sama saje lah untuk pagi dan petang ye..selang seli dengan menyusu jugak kan..saya nak try ikut cara Ibu Zarith buat puree fresh sebelum dan selepas balik kerja.kalau pagi after dah masak puree dan hantar ke pengasuh, puree tuh kena suruh pengasuh simpan dalam freezer jugak ke? atau bole dibiarkan pada suhu bilik sahaja dengan bekas tertutup ye?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:14

      Betul, 4 days rule kita bagi puree yang sama sahaja utk pastikan baby kita tidak elegik pada makanan tersebut. Puree tu simpan di tempat chiller semasa di rumah pengasuh dan panaskan bila nak guna.

      Reply
  41. sri says

    September 14, 2017 at 17:01

    salam ibu zarith,..Nak tanya, lepas simpan dlm freezer then bila nak bagi bby mkn keesokkan, blh x kita cairkan
    @ panaskan guna microwave?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:12

      Wsalam wbt. boleh, tapi pastikan selepas tu kita kacau dulu dan rasa panas ke tidak, sebab kalau panaskan pakai mwave ni ada hot spot nanti

      Reply
  42. Awin says

    October 16, 2017 at 15:50

    Salam ibu Zarith,

    Go through blog ibu Zarith dengan all the comments sangat lah membantu saya ni yang dok cari ilmu carta pemakanan untuk anak saya yang nak masuk 6 bulan bulan depan. kiranya, utk permulaan pengenalan makanan cuma bagi dia puree epal,brocolli, avocado, pisang, kentang, mango camtu la kan?

    bila dah masuk 7-8 baru kenalkan dengan bubur nasi? betul? okay, soalan saya, saya ada ternampak di komen di atas, yang para ibu campurkan bubur dan puree brokoli/carrot/pumpkin. kiranya puree diblend and di campurkan dgn bubur ke?

    sekiranya baby mcm xckup dengan satu atau dua sudu puree, boleh ke kite tambah lagi puree utk baby? hehe maaf la panjang pulak soalan remeh saya ni. :p

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 23:58

      Wsalam wbt
      betul, buah diblend utk dijadikan puree dan dicampur dgn bubur halus (yg juga diblend)
      Boleh je tambah lagi kalau baby suka makan, takde masalah, cuma pastikan juga baby banyak minum air utk elakkan sembelit

      Reply
  43. cuna says

    October 24, 2017 at 16:27

    Ya Allah sedap pulak makanan ni.. boleh lah nak cuba.. baby dah nak masuk 6 bulan lagi seminggu.. sekarang baru dok sibuk mencari resepi makanan untuk dia.. terima kasih kerana memudahkan..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 23:51

      Semoga bermanfaat!

      Reply
  44. Izzati Fuad says

    December 4, 2017 at 17:08

    Salam Ibu Zarith,

    Anak saya dah 6 bulan 3 minggu. Saya mulakan solid food dengan puree buah dan sayur. Tapi, mertua kata, perlu beri bubur nasi sebab baby tak kenyang dan selalu meragam. Saya jadi keliru. Bila waktu sesuai untuk kita mula beri bubur nasi? Kita mula dengan bubur nasi kosong atau dah boleh dicampur dengan sayur? Terima kasih banyak

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 13, 2017 at 23:59

      anak di bawah usia satu tahun, makanan utama masih susu ibu. Solid food hanya pengenalan sahaja. Mungkin bayi puan kembung akibat tak sesuai dengan beberapa jenis buah atau sayuran/ growth spout sahaja. Puan perlu buat 4 days rule untuk tentukan makanan itu sesuai dengan anak atau tak. Tapi tak perlu beri banyak. Tapi jika puan nak berikan bubur nasi, perlu juga diblend hancur dan ditapis, kerana usus baby masih terlalu muda untuk proses makanan berat. Boleh dicampur dengan sayur/ buah yang telah lulus 4 days rule (yang mana anak tak elegik pada buah/sayuran tersebut)

      Reply
  45. Iman Syafiqah says

    December 14, 2017 at 12:41

    Assalamualaikum ibuzarith. Tq for sharing. Shot membantu.
    Nk tanya la. Kentang boleh ke bagi pd baby 6m?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 23:53

      Wsalam wbt. tunggu lewat sedikit. kenalkan buah-buahan dan sayuran dulu

      Reply
  46. Nora Dinah says

    May 28, 2018 at 09:18

    Assalamualikum ibu zarith..
    Saya tengah cari apa puree terbaik utk Hana.. lagi 2 hari genap 6 bulan..
    So saya cadangkan nak bagi Puree Lobak dulu.. lepas 4 hari nak bagi Puree Apple pulak.. nak minta pendapat puan, mana better .. sama ada saya kenalkan setiap jenis puree setiap 4 hari selama sebulan.. atau lepas je Hana lulus Fasa 4 hari Lobak dan Apple, saya bg campur puree lobak + apple atau teruskan untuk kenalkan puree aprikot atau lain2 plak..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 15:02

      wsalam wbt Pn Nora.
      Pada pendapat saya, selepas lulus setiap buah, terus campurkan antara dua. Maksudnya bila dah lulus apple dan lobak, terus campurkan, baru beralih pada buah yang lain

      Reply
  47. NORLIA BT AHMAD MARTAZOR wmh_5146 says

    September 4, 2018 at 10:24

    Puan, boleh ke pisang tu hanya dilenyek dan terus diberi makan tanpa perlu disangai dahulu….

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 23, 2019 at 23:05

      Boleh =)

      Reply
  48. melati says

    December 18, 2018 at 18:48

    Bestnye baca posting ni. Semua persoalan terjawab. Tapi still nak tanya jugak hehe

    1-Untuk baby 6bulan mmg bagi makan sehari sekali ke untuk permulaan? Dalam berapa lama tu sehari sekali?
    2-Baby baru 6bulan nak start makan guna 4d rules. Boleh ke kalau kite bagi makan jam 7.30-8malam? Means lepas kite balik keje.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 3, 2019 at 09:44

      1. Depends pada melati, kalau tengok baby suka makan, boleh bagi 2kali, tapi perlu diingat, susu masih makanan utama baby. Kang lebih banyak makan, kurang susu pun tak digalakkan
      2. Boleh melati

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design