Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

March 22, 2015 by Ibu Zarith

10 Langkah Wajib Dibuat Dalam Merawat Anak Demam Secara Semulajadi

Assalamualaikum

Tengah hari tadi kami sekeluarga pergi ke jemputan kahwin di Putrajaya. Cuaca agak panas. Dan harini kerana agak kelam kabut, Zarith terlupa nak bawakkan Zuyyin topi untuk tutup kepala sebaik sahaja Zuyyin turun dari kereta. Nak dijadikan asbab Zuyyin demam bermula petang tadi. Suhu mencecah 38.5 Celcius dan lampu pada termometer menunjukkan warna merah.

Ibu ayah mana tak risau anak tak sihat kan? Jadi seperti biasa kami lakukan rawatan semulajadi yang tidak menggunakan sebarang ubat-ubatan, dan lebih fokus kepada tingkatkan imun sistem anak untuk melawan segala virus itu sendiri. Tapi harus diingat, rawatan semulajadi hendaklah dilakukan setelah anda mendapat diagnose yang tepat dari doctor mengenai penyakit anak anda. Rawatan secara semulajadi juga bermakna kita harus lebih peka dan teliti dengan sebarang perubahan kepada anak, setiap masa.

Perkongsian ibu-ibu hebat dalam video di bawah ini sangat bermanfaat untuk mengurangkan kadar sakit anak-anak mereka. Luangkan masa 1 minit anda untuk tonton dan dapat sama manfaatnya.

Rawatan Anak Demam Tanpa Ubat

  1. Sampai je di rumah, Mr Hubby dah tahu apa yang perlu dibuat sementara Zarith tunaikan solat asar. Zuyyin diberi 1 ml Olivenol. Thank you sayang, you have been trained so well =) Tak perlu bagitau apa yang perlu, Mr Hubby tahu apa yang perlu diberi dan dibuat. Kadangkala Zarith lupa juga akibat terlalu fokus periksa anak-anak, Mr Hubby yang akan ingatkan apa yang perlu dilakukan lagi.
  2. Setelah selesai solat, Zarith sediakan spray air yang mengandungi sebiji lemon yang telah diperah dan diambil airnya serta dicampurkan dengan air sehingga spray air itu penuh. Spray ini adalah alternative kepada Zuyyin yang memang tak suka dengan sebarang towel untuk diletakkan di sekitar kawasan kepalanya. Kami akan pastikan kepala dan pelipat Zuyyin sentiasa basah dengan air ni.
    • Kenapa lemon? Lemon bersifat asid dan ia akan membantu menarik kepanasan keluar dari kepala dan bahagian badan lain yang panas dengan lebih cepat. Allah memang ciptakan si lemon ni dengan ciri-ciri merawat yang terbaik. Disamping itu ia mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi dan antioksidan untuk meningkatkan imun sistem kita untuk melawan virus dan bakteria.
  3. Kami beri Zuyyin minum air yang banyak, supaya suhu panas tu keluar melalui urine. Air masak Zuyyin kami campurkan sedikit air chia seeds yang telah direndam. Chia seeds membantu meningkatkan imun sistem kita.
  4. Mr Hubby sediakan satu besen air suam yang telah dicampurkan dengan 2 sudu besar Epsom Salt (boleh dibeli di Guardian, berharga RM5.90) untuk Zuyyin berendam. Zuyyin berendam selama 20 minit bersama toys kesayangan, supaya Zuyyin leka dan berasa seronok. Sambil Zuyyin berendam, kami akan jirus kepalanya dengan air besen yang ada epsom salt tu. Kiranya, pastikan kepala dan badan Zuyyin sentiasa basah supaya haba panas dapat disejat oleh air yang ada dibahagian badannya. Rendaman boleh dilakukan dengan kerap. Selalunya Zarith buat 3kali pada waktu siang
  5. Setelah keluar dari toilet dan bersiap dengan memakai baju cotton tiada lengan dan tipis, kami berikan Zuyyin sebiji buah oren. Tak cukup dengan tu, Zarith berikan Zuyyin Chewable Vitamin C Shaklee. Tujuan kami adalah untuk bagi Zuyyin Vitamin C yang banyak supaya imun sistemnya dapat ditingkatkan untuk melawan virus jahat.
  6. Semasa Zuyyin bermain-main, kami beri lagi 1 ml Olivenol kepada Zuyyin
  7. Sebelum masuk tidur kami berikan lebih kurang satu sudu besar Extra Virgin Coconut Oil EVCO (Zarith beli brand Treeminds di Fabulousmom) dan sebiji lagi Chewble Vitamin C Shaklee.
  8. Bila Zuyyin dah nyenyak sikit, Zarith akan lekatkan lemon pada tapak kaki dia (Zuyyin tak suka pakai stokin untuk buat lemon socks). Tapi kadang kala bila Zuyyin terjaga dan merengek nak tanggalkan, selepas tanggalkan, Zarith akan kerapkan spray kaki Zuyyin dengan air lemon tadi. 
    • Kaki kita mengandungi kepekatan kelenjar peluh yang lebih tinggi berbanding bahagian lain pada badan kita, oleh itu ia membantu pembebasan haba.
    • Selain dari lemon, boleh juga gunakan bawang putih, bawang besar atau cuka epal (ACV)
    • Untuk Cuka Epal, ibu-ibu boleh masukkan 2-3 sudu besar ACV ke dalam semangkuk air suam atau menggunakan nisbah 1:1. Rendam stokin selama beberapa minit sehingga betul-betul meresap. Pakaikan pada anak. Sekiranya dah kering, rendam dan pakaikan semula.
  9. Kami sentiasa pastikan Zuyyin sentiasa aktif. Ini sangat penting kerana sekiranya demam virus, suhu badan tinggi tapi anak masih aktif, jadi rawatan semulajadi lebih kepada tingkatkan imun sistem untuk melawan virus. Namun sekiranya anak kelihatan sugul tak bermaya, sakit-sakit otot, itu salah satu tanda demam bakteria. Apa pun, sila berjumpa dengan doktor sebelum membuat apa-apa spekulasi dan rawatan ye.
  10. Gunakan thermometer yang mempunyai bacaan yang tepat. Suhu anak yang demam tak boleh agak-agak je. Bahaya!

Fokus pada rawatan tingkatkan imun sistem:

  1. Kerapkan bagi susu ibu (ibu juga perlu jaga diet)
  2. Liquid diet: Air masak, sup tulang atau sup ayam sebagai penawar, letakkan bawang putih dan bawang merah banyak-banyak untuk tingkatkan imun sistem. Sup tulang dan ayam adalah sumber protein, makanan bagi sel badan untuk menentang virus dan bakteria.
  3. Makan banyak makanan antiviral iaitu bawang putih, halia, kunyit, brokoli, dan makan makanan penyejuk badan seperti air barli dan air kelapa.
  4. Jika anak tak boleh makan, ibu yang menyusukan perlu makan makanan berkhasiat seperti yang dinyatakan.
  5. Elakkan pengambilan gula kerana gula adalah makanan virus dan bakteria yang melemahkan sistem imun tubuh kita. Gula membantu pembiakan bakteria dan menyebabkan imun sistem kita menjadi lemah seterusnya mengaktifkan virus
  6. Makan makanan yang tinggi Vitamin C
  7. Sekiranya anak sering demam, berikan Olivenol, Probiotik dan Virgin Coconut Oil. Kita kena sokong badan untuk melawan virus dan bakteria tersebut, bukannya memberikan lebih beban kepada sistem badan.
  8. Pastikan anak kekal aktif
  9. Suhu 39 ke atas menghampiri 40 Celcius bawa ke Hospital untuk rawatan lanjut
  10. Suhu di bawah 38 Celcius Tidak Memerlukan Paracetamol 
  11. Paracetamol cuma diambil jika suhu mencecah 38.5 Celcius
  12. Suppository (ubat buntut cuma diambil jika suhu 38.5 Celcius ke atas) dan tidak sesuai untuk bayi berusia setahun ke bawah.

Kredit: GNRAM

Sehingga ke waktu ini, 4.30 am, suhu Zuyyin stabil dalam lingkungan 37.2-37.7 Celcius. Dan ibu masih belum tidur risaukan Zuyyin dan pantau keadaan Zuyyin. Zarith sentiasa pastikan kepala, dahi, pelipat dan tapak kaki Zuyyin tak kering. Sentiasa spray dengan air lemon.

Bila rasa penat, Zarith akan motivasi diri dengan ganjaran yang Allah janjikan apabila kita berjaga malam semasa merawat anak sakit

“Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.”

Wallahualam.

Selalunya Zuyyin cuma demam sehari semalam. Semoga anak ibu cepat sembuh ye. Esok boleh main basikal yang atuk baru belikan tadi. Ibu love you so much!

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. cik yaya says

    March 22, 2015 at 18:48

    as’salam..
    wahh smpai lekat lemon kat kaki?hehe
    xtau pula lemon boleh ubt demam..tq share info sis zarith ^,^

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 22, 2015 at 23:36

      Haha sebenarnya buat lemon socks tp Zuyyin tak suka pakai socks jadi terpaksa la kreatip sikit hehe

      Reply
  2. wawa says

    June 4, 2015 at 12:39

    Info berguna sgt. Sesuai untuk baby tak? My baby 3 months.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 8, 2015 at 01:37

      Wawa, untuk baby boleh refer artikel Zarith yang ini ye:

      https://www.ibuzarith.com/2015/01/7-cara-merawat-bayi-demam-secara-semulajadi.html

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design