Assalamualaikum
Pada hari Sabtu yang lepas, 27 Jun 2015, Zarith telah mendapat jemputan untuk menghadirkan diri di majlis pembukaan Butik Almari Baju yang pertama di Shah Alam. Apa yang menariknya tentang Butik Almari Baju ni, ia merupakan sebuah butik yang mengumpulkan semua jenama baju menyusu di bawah satu bumbung. Senang kita nak buat pilihan.
Pemilik butik ini, Puan Nini sangat la peramah. Kami sempat berbual sambil betukar-tukar pendapat. Anak puan Nini pun hampir sebaya dengan Zuyyin, cuma boboi la hehe.
Koleksi pakaian dari Adrini’s memang sungguh up-to-date dan menggunakan kain yang berkualiti tinggi. Bukan sekadar cantik dimata, tapi sedap dan selesa dipakai.
Designnya pula sangat sesuai dipakai di pejabat, di majlis-majlis ataupun untuk keluar berjalan-jalan. Untuk pakai waktu hari raya pon cantik tau =)
Selain itu, Zarith dapat berjumpa dengan beberapa orang lagi rakan blogger. Yang selama ni asyik berhubung melalui internet, akhirnya dapat bertentang mata =)ย Seronok!
Dan yang paling best, Zarith dapat berjumpa dengan salah seorang pemilik baju menyusu yang sangat comel dan selesa iaitu Mila, dari Comel Ibu. Yang bestnya, Mila ni adalah kawan sekolah semasa kami sama-sama menuntut di MRSM Jasin, pada tahun 2011-2012. Berborak tak hengat dunia. Tak sangka, sekarang dah jadi owner satu produk menyusu. Semoga terus mengorak langkah dan berjaya ye Mila =)
Jadi kepada ibu-ibu menyusu, ibu hamil dan menyusu ke, boleh serbu Butik Almari Baju ni beramai-ramai untuk mendapatkan produk terbaik mereka. Banyak juga jenama baju menyusu lain selain dari Adrini’s. Anda boleh membuat pilihan yang anda suka =)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Team Almari Baju di 011-32315954
Selamat Membeli-belah!
Zaleha says
Wah.. mesti best bila dpt buat pilihan dlm 1 kedai yg mcm tu.
1 pitch stop for busy mom ๐
Ibu Zarith says
Best! Senang takyah nak bazir masa dan tenaga jalan dari satu butik ke satu butik yg lain ๐
Faiz says
sungguh ceria walaupun terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas
Ibu Zarith says
Haha betul tu, jem betul, almaklum l area jakel, musim org borong baju raya ๐
adna2029 says
wahh untung dpt pergi ya..kalau dekat sure ana pun ikut serta sama..
Ibu Zarith says
Best ana, macam-macam ado hehe
Ros says
Shopping sakan ibuzarith ni.
Seronok tgk muda2 dah jd owner business sendiri.
Ibu Zarith says
Kan kak ros.. Boleh jadikan inspirasi ni ๐
Cheq Eem says
nampak cantik baju-baju yang dijual….
Ibu Zarith says
Memang cantik =)