Assalamualaikum
Work At Home Mother-Awesome!
Hari yang difikirkan akan jadi sangat mencabar, rupanya tidak lah mencabar mana. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Selalu pesan pada Zuyyin bila dia takut atau sedih, “kan Allah ada”. Dan memang betul, He never fails to help me! Never!
Memang tak pernah terfikir akan menguruskan puteri-puteri solehah yang masih kecil itu seorang diri. Walaupun Zarith dan Mr. Hubby PJJ, namun setiap minggu pasti Mr. Hubby akan pulang dan membantu menjaga anak-anak sewaktu Zarith sibuk di dapur ataupun sedang mengemas rumah. Bila Zarith menjaga anak-anak pula, beliau akan sambung tugasan yang seterusnya.
Selalu terfikir, macam manalah nanti suatu hari bila Zarith dah berhenti kerja dan menjaga anak-anak sendiri di rumah. Work at Home Mother (WAHM) la kata orang. Tapi harini memang memberikan 1001 pengalaman baru.
Dan ia tidaklah seteruk yang disangka =)
Ditakdirkan Allah, Mr. Hubby diarahkan menjalankan tugas di Shanghai, China selama seminggu. Nasib baik seminggu kalau sebulan? Haa..memang jadik WAHM yang berjaya terus la, HEHE.
Dan flight pulang ke Malaysia jatuh pada harini, Sabtu. Tak mungkin beliau yang keletihan akan pulang ke Johor ni, dan pulang ke Subang pada hari esoknya. Rabu malam pula balik sini semula sempena cuti Krismas kan? Sebagai seorang isteri yang waras, baiklah Si Suami berehat sahaja di sana.
Jadi pagi tadi seawal jam 5.30 pagi dah bangun, solat subuh dan mula melipat timbunan kain. Selesai. Zarith keluarkan ikan untuk dimasak sebagai makanan tengahari dan mula membancuh adunan untuk membuat jemput-jemput susu kegemaran Zuyyin. Seawal jam 8pagi, tepat, Zuyyin dan Zayra dah siap mandi.
Sementara menggoreng jemput-jemput, Zarith seronok tengok telatah Zuyyin melayan Zayra. Entah apa yang mereka bualkan pon tak tahu. Bahasa budak 2 tahun setengah dengan 5 bulan. Yang penting, i love the environment.
Zayra ni ada satu habit yang agak aneh. Ibu kena sentiasa ada depan mata, else Zayra akan menjerit seperti kena dera. Tapi tu tak selalu la, waktu dah lama biarkan Zayra meniarap seorang diri, atau dah terlalu mengantuk, HEHE. Kasihan.
Jadi, disebabkan Zayra masih berjaga dan kena ada ibu lalu-lalang depan mata, Zarith ambil keputusan untuk Vacuum bilek dan satu rumah, kemudian mop satu rumah. Apa lagi gembira la Zayra melihat ibu berjoget-joget pegang kayu mop (-_-“)
Selesai semua, tibalah masa untuk Zayra tidur. Lepas menyusu, nyenyak la Zayra. Jadi tanpa buang masa, Zarith mencuci toilet dan sidai baju basuhan pertama dan mulakan basuhan kedua yang terdiri daripada cloth diapers anak-anak yang dibasuh selang sehari.
Tiba-tiba Zayra menangis. Alamak, abis terberhenti semua plan. Susukan Zayra. Tapi kali ni Zayra takmo tidur, siap bagi senyuman manis lagi, aduhai anak.
Maka dengan bantuan beberapa alat mainan, Zarith biarkan Zayra sebentar untuk mula memasak makanan tengahari. Biasalah, co-chef kita, Zuyyin pun sibuk membantu.
Alhamdulillah seawal jam 12.15 tengah ari, makanan semua dah siap. Cloth Diaper anak-anak je yang tinggal belum bersidai. Terkebil-kebil sekejap. Bia betul? 12.15pm dah siap mop rumah, basuh baju, sidai baju, masak 2kali, cuci toilet, lipat baju? Macam tak percaya dengan diri sendiri. Sungguh.
Siakap Stim Halia Perahan Lemon |
Petang tu masak sekali lagi sebab makanan untuk lunch dah licin. Zuyyin suka pulak siakap stim halia tengah ari tadi. Zarith letak lemon sebagai pengganti asam. Sedap! Jadi lauk untuk petang cuma ikan siakap goreng. Sambil menggoreng ikan sambil memandikan anak-anak.
Walaupun Zuyyin dan Zayra tak mahu tidur petang, bermain dengan ibu sampai ibu exhausted, tapi hari ni adalah satu hari yang sangat membahagiakan.
Bila Mr. Hubby facetime waktu maghrib tadi, Zuyyin asyik cakap kat ayah dia “Best ayah, ibu ada kat rumah dengan Zuyyin” Bukan sekali. But few times. Luluh hati ibu mendengarnya.
You know that i love to be with the two of you, my babies. Masanya akan tiba kelak..Soon..Very soon.
Seawal jam 8 malam lepas gosok gigi, Zuyyin dan Zayra terus melayari mimpi. Mimpi indah anakanda berdua. Semoga esok lebih bahagia hendaknya.
Love
-ZS-
Nurmujahidah Ismail says
muja pun teringin nak jadi suri rumah lepas dah dapat anak nanti,, harap harap muja mampu,, huhuu
Diari Ibu Zarith says
Kan muja..rasanya jauh disudut hati working mommies ni memang nak jaga anak-anak sendiri
Syuhada Amir says
Itu la yg best bila duduk rumah dgn anak2…Tengok diorang membesar dpn mata… 🙂
Diari Ibu Zarith says
Bes kan syu..walaupun diakui letih, tapi puas hati =)
NURUL AQIDAH AZAHAR says
itu la ida stiap hari…love being wahm ni..mmbesarkan ank2 sndiri dpn mata baru puas hati..
Diari Ibu Zarith says
Bestnya ida =)
Nor Azimah says
Assalam Zarith..bila sesekali dapat berhujung minggu dgn anak2, dapat masak apa yg dorang suka makan, main bersama..memang moment indah bagi setiap ibu, anak2 akak dah besar, yg kecik pun dah 5 tahun, cuti sekolah cenggini, keje akak masak jelah sbb diorang kuat makan, penat mmg penat tapi seronok tgk diorang makan.
Nor Azimah says
oye..jemput join segmen akak, first time buat segmen ni, harap la dapat sambutan.
http://srikandiofficialblog.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html
siti hawa says
Entah kenapa air Mata menitis bila baca entri zarith ni..
Ibu Zarith says
Sabar ye hawa. Memang tu kenyataan yang Zarith lalui dulu Hawa. Faham perasaan hawa