Assalamualaikum
Memperkenalkan baby dengan telur sebelum usia menginjak setahun dikhuatiri akan mendatangkan allergik kepada baby. Ini untuk menentukan sama ada baby kita tu allergic kepada telur ke tidak sebelum ambil injection setahun iaitu MMR (Measels, Mumps, Rubella) nanti.
Sebagai ibu yang prihatin, 3 mommy ini berkongsi cara mereka pastikan tahap kesihatan anak yang terbaik. Tiada kompromi! Apa yang mommy ini lakukan? Rugi kalau tak dengar perkongsian 1 minit mereka ini:
Jadi sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab, kita hendaklah mula memperkenalkan telur kepada baby kita semasa usianya setahun, mengikut langkah berikut.
9 Langkah yang wajib dibuat untuk kenalkan telur kepada baby
Minggu Ke-1: 1 sudu besar kuning telur 1 kali seminggu
Minggu Ke-2: 1 sudu besar kuning telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-3: 1 biji telur kuning sahaja
Minggu Ke-4: 1 biji kuning telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 1 kali seminggu
Minggu Ke-6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-7: 1 biji penuh telur
Minggu Ke-8: 1 biji penuh telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-9 dan seterusnya dah boleh bagi baby makan sebiji telur penuh tapi tak lebih daripada 3 kali seminggu
Kenapa perlu dimulakan dengan kuning telur?
Ini kerana kuning telur tidak mengandungi protein yang boleh menyebabkan baby allergic kepada telur. Putih telur mengandungi 4 protein yang boleh menyebabkan allergic sama ada ringan ataupun allrgic yang teruk
Macam mana nak tahu anak kita allergic telur?
- Gatal-gatal ataupun selesema
- Mata gatal-gatal dan berair
- Ruam
- Bengkak pada badan
Selepas dah lulus semua ujian, boleh la mula membuat makanan yang mengandungi telur dengan jayanya =) Yang penting jangan bagi telur separuh masak kerana ia mempunyai sejenis bakteria berbahaya yang dikenali sebagai salmonella. Ia boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk .
Semoga bermanfaat!
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
woaaah gitu sekali eh.. zaman skrang pendedahan banyak dah..
bagus tak macam dulu2.. tapi rasanya dulu makan main bedal je aaahaks..
hahaha..tuhla dulu senang, takde makanan tak elok ni semua kan. Telur pon telur ayam kampung bukan telur injet
ni telur mentah ye ibu zarith?
Telur dah masak sheayang =) Pelbagaikan dalam masakan. Contohnya buat nugget dengan menggunakan putih telur